Khazanah raih RM312 juta penempatan saham TM

Peluang pelaburan saham Tm, jom beli saham Tm untuk masa depan anda

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) meraih RM312 juta daripada penempatan 53.8 juta saham Telekom Malaysia Bhd (TM) pada harga RM5.80 sesaham.

Harga penempatan saham mewakili diskaun tiga peratus daripada harga penutup pasaran bagi saham berkenaan yang bernilai RM5.98 pada 14 April 2021 Khazanah berkata, penempatan saham itu adalah sebahagian daripada usaha berterusannya untuk mengimbangi semula portfolio serta mengitar semula pelaburannya dalam aset sedia ada kepada aset baharu, termasuk aset yang dianggap strategik untuk masa depan negara.

Dalam hal itu, katanya, hasil daripada penempatan itu akan digunakan untuk pelaburan baharu, termasuk pelaburan dalam sektor strategik baharu yang dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baharu.

"Dengan pemulihan harga serta permintaan kukuh bagi saham TM yang didorong oleh pengumuman kerajaan berkaitan inisiatif transformasi digital di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), penempatan ini memberi peluang kepada Khazanah untuk meraih sebahagian hasil pelaburannya dalam TM, yang sekali gus akan meningkatkan lagi jumlah apungan serta daya tarikan bagi saham TM.

"Lanjutan daripada penempatan ini, Khazanah kekal memegang kira-kira 20.1 peratus saham dalam TM," katanya dalam satu kenyataan.

Saham itu ditawarkan kepada sekumpulan pelabur institusi jangka panjang tempatan serta pelabur institusi pelbagai strategi, yang mana sebahagian besar pelabur adalah dalam kalangan pelabur dana jangka panjang tempatan.

Credit Suisse dan CIMB adalah pengatur bersama penempatan saham berkenaan

 

#sumberBeritaharian


Mala Bastina

1 Blog posts

Comments